Friday, August 19, 2011

10 ANTIVIRUS TERBAEEEKK...

 Salam kepada semua..kat bwah nie ade info psal10 antivirus paling top skrang..bleh pilih mne nak...
& beli/download la sndiri ek..ok..hehe



1-BitDefender Antivirus memberikan perlindungan proaktif kepade komputer terhadap virus,spyware,serangan phising dan kecurian indentiti,tanpa melambatkan gajet anda itu.anda boleh menguruskan rangkaian keselamatan rumah melalui satu lokasi.kehilangan fail program bukan lagi menjadi masaalah besar.Dalam situasi di mana fail rosak akibat masalah tersebut dan menjalankan update.



2-Kaspersky Lab ,program yang digunakan bagi mengenal pasti dan membuang program jahat yang berpotensi merosakkan fail dan data dalam komputer.Mengikut rating,kaspersky masih dianggap antivirus terbaik kerana keupayaannya mengesan virus sebelum mereka bertindak merosakkan sistem.




3-NOD32 perisian NOD32 daripade ESET ialah program yang memberikan perlindungan masa sebenar terhadap cecacing,trojan,spyware,malware,phising,dan hackers.NOD32 mempunyai 2 kaedah untuk dijalankan.anda boleh menjalankan proses mengesan NOD32 yang mudah ataupun meluangkan lebih banyak mase di pusat kawalan.Dipusat kawalan,anda mempunyai akses untuk mengubah jenis scan seperti DMON,IMON,EMON dan banyak lagi.



4-Avast! antivirus memiliki sistem perlindungi yang lengkap,menawarkan perlindungan yang lengkap,menawarkan perlindungan penuh termasuk resident shield.Kemas kini automatik memastikan perlindungan data terhadap segala jenis ancaman malware dan spyware.Avast! antivirus telah diiktiraf oleh Makmal ICSA dan West Coast Labs Checkmark.



5-AVG ANTI VIRUS popular beberapa tahun kebelakangan ini.Versi percumanya merupakan fail yang paling kerap dimuat turun di internet dalam sektor keselamatan internet.Paparan terbarunye sangat kemas dan juga berguna.Turut dibaiki ialah cara AVG menggunakan hardware komputer kamu.Ia telah diubah bagi menyeragamkan penggunaan pelbagai teras di mana ia menjadi kebiasaan bagi komputer hari ni.Ini akan meningkatkan kelajuan pengimbasan dan mengurangkan risiko menjadi lambat.




6-NORTON,salah satu nama besar dalam industri keselamatan komputer,program ini sangat senang digunakan dan mempunyai sistem yang baik untuk melindungi komputer anda daripada program jahat.Antara perlindungan yang ditawarkan ialah pengimbasan instant messaging,script blocking,POP3 dan perlindungan e-mel SMTP.Malangnye,perisian ini tidak menawarkan keselamatan daripade P2P atau perkongsian fail.




7-MCAFEE merupakan peneraju utama dalam industri perlindungan komputer dan virusscan merupakan pertahanan utama untuk melawan virus.Perisian ini didatangkan dengan ScriptStopper untuk menghalang virus daripada merebak dari satu komputer melalui e-mel.Kekurangan perisian ini ialah ia tidak memiliki sistem pengawalan terhadap instant messaging,P2p ataupun perlindungan registry startup.




8-THE SHIELD DELUXE mengabungkan kaedah pengesanan Antivirus dan spyware dengan teknologi proaktif terbaru untuk memberi komputer anda perlindungan paling efektif terhadap program jahat.Produk ini mudah dimuat dan menawarkan pengguna profesional kesempatan untuk mengubah sendiri program ini.




9-PANDA ANTIVIRUS membuatkan kawalan terhadap komputer anda menjadi mudah.Update automatik adalah percuma.Perlindungan yang sangat berkuasa terhadap keyloggers pengintip dan hackers.Panda Antivirus didatangkan dengan perlindungan virus dan spyware.Panda membenarkan anda untuk menyekat,memadam,membersihkan fail yang dikuarintin dan tidak melambatkan komputer anda semasa pengimbasan virus.Ini sangat berguna bagi golongan yang terus menerus menggunakan komputer.


10-F-SECURE ,ia terus mengimbas komputer anda terhadap virus dah mempunyai antispyware terbina didalam. Antivirus atau Antispyware ataupun kedua-duanya sekali boleh dijalankan serentak bagi memendekkan masa mengimbas.Tambahan pula,perisian ini mengimbas e-mel masuk dan keluar pade masa sebenar.F-Secure juga mempunyai ruangan berita yang boleh dilanggan bagi mengetahui apa yang terjadi pada dunia virus digital dan Update.


*mungkin ict pakai yg paling atas nun..:P

No comments:

Post a Comment